BM | EN | 中文

RM2 juta diperuntuk naiktaraf jalan di Taman Intan Kluang

Wong-Shu-Qi-baiki-Jalan-Intan-2-Taman-Intan-Kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 5 JUL: Penduduk di Taman Intan di sini, boleh menarik nafas lega apabila jalan perkhidmatan di kawasan taman perumahan mereka akan dibaiki.

Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi memaklumkan sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan untuk menaiktaraf jalan di kawasan tersebut.

Keadaan jalan di Jalan Intan 2, Taman Intan, Kluang

“Untuk pengetahuan semua, Jalan Intan 2 di Taman Intan telah menerima peruntukan Marris untuk menaiktaraf jalan bernilai RM 2 juta.

Advertisement

“Usaha untuk menaiktaraf jalan ini adalah kerjasama daripada pihak sekolah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kluang dan Pejabat Ahli Parlimen Kluang.

“Kertas kerja bagi menilai keperluan untuk menaik taraf juga telah dikaji dengan menyeluruh kerana keadaan jalan yang sempit dan jumlah kenderaan adalah membahayakan pelajar,” kata Wong Shu Qi dalam satu kenyataan.

Antara kemudahan yang terdapat di Jalan Intan 2 di Taman Intan ialah Medan Selera Sri Intan, Kluang selain Sekolah Kebangsaan Sri Intan, Taman Intan.

Advertisement

Beliau turut mengucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan berusaha menyelesaikan masalah itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top