BM | EN | 中文

RM175,000 UNTUK NAIKTARAF FASILITI LAMAN LANDSKAP HUTAN BANDAR KULAI

landskap-Kulai-jb.jpg
Advertisement

[DIKEMASKINI]

KULAI, 11 SEPT : Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai memperuntukkan sebanyak RM175,000 bagi menaiktaraf Laman Landskap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Hutan Bandar Kulai.

Wong Bor Yang, Ahli Majlis MPKu berkata, peruntukan itu disalurkan bagi membaiki kerosakan fasiliti di laman tersebut.

Advertisement

“Laman Landskap Hutan Bandar Kulai ini wujud sejak 2016 sempena Hari Landskap negeri Johor yang berlangsung di situ pada tahun berkenaan.

“Pada masa itu, sebanyak 16 PBT di Johor menyediakan landskap di zon masing-masing mengikut kekuatan dan keunikan daerah sempena program berkenaan.

“Bagaimanapun, setelah program tamat, landskap tersebut terbiar dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) tidak mempunyai peruntukan menyelenggaranya, dan semakin lama ia mulai rosak,” kata Wong.

Advertisement

“Jadi, peruntukkan RM175,000 diharap dapat membantu MPKu menyelenggara kemudahan di situ yang mana kerja-kerja penaiktarafan itu dijangka dimulakan pada bulan depan,” katanya lagi.

Justeru itu beliau berharap agar orang ramai dapat memanfaatkan kemudahan di situ dengan aktiviti berfaedah dan menggunakannya secara berhemah.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top