BM | EN | 中文

RM15 JUTA BAKAL DIPERUNTUK BINA LALUAN PEJALAN KAKI DI TAMBAK JOHOR 

IMG-20191004-WA0019.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 OKT: Kerajaan negeri Johor bercadang untuk memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi membina laluan pejalan kaki di Tambak Johor sebagai kemudahan terutamanya kepada mereka yang berulang-alik bekerja di Singapura.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd Solihan Badri berkata, kesesakan yang dialami di Tambak Johor membuatkan mereka mengambil pilihan berjalan kaki di sepanjang laluan tersebut.

Pejalan kaki, yang kebanyakannya rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura ‘menongkah arus’ di laluan Tambak Johor

Menurutnya lagi, tindakan memilih untuk berjalan kaki di situ boleh membahayakan keselamatan dan kerajaan telah bercadang untuk mengadakan laluan khas pejalan kaki ke Singapura.

Advertisement

“Saya dah minta peruntukan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan buat sementara ini kos minima yang diperuntukkan pada kita adalah RM 15 juta.

“Kita bagi alternatif kepada JKR kalau laluan yang berbumbung dan berhawa dingin kosnya mencecah kepada RM 13 juta.

“Itulah adalah cadangan dan pihak JKR akan meneliti cadangan yang dibuat oleh konsultan dan peruntukkan sebenar adalah berdasarkan keperluan sebenar,” katanya.

Advertisement

Beliau ditemui selepas sesi lawatan ke Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin Sultan Iskandar di Johor Bahru (CIQ JB) bagi memeriksa tahap keselamatan serta operasi pengangkutan yang berlangsung di kawasan tersebut, semalam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top