BM | EN | 中文

RM100,000 perlu untuk baiki tembok SMK Johor Jaya 1 yang runtuh

RM100000-perlu-untuk-baiki-tembok-SMK-Johor-Jaya-1-yang-runtuh.png

Tembok SMK Johor Jaya 1 yang runtuh akibat hujan lebat

Advertisement

PASIR GUDANG, 16 JUL: Sejumlah kira-kira RM100,000 diperlukan untuk membaiki tembok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Johor Jaya 1 yang runtuh akibat hujan lebat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Adun Johor Jaya, Liow Cai Tung berkata, beliau dimaklumkan oleh pengetuanya Mohamed Salleh Zainal Abidin ketika melawat sekolah berkenaan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Johor Jaya 3 bagi meninjau pembukaan semula sesi persekolahan yang bermula semalam.

“Pengetua juga beritahu, pihak sekolah telah menulis surat kepada pejabat Menteri Besar untuk meminta peruntukan RM100,000 bagi membaiki tembok tersebut untuk keselamatan para pelajar.

Advertisement

Liow Cai Tung (dua dari kanan) menyerahkan alat pensanitasi tangan tanpa sentuh kepada SMK Johor Jaya 1 dan SK Johor Jaya 3

“Saya berharap Kerajaan Negeri Johor akan dapat membantu SMK Johor Jaya 1 dalam perkara ini. Isu keselamatan pelajar perlu diutamakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Cai Tung berkata, pihak pentadbiran bimbang sekiranya sekolah tersebut dimasuki pihak tidak bertanggungjawab.

“Sekarang sesi persekolahan sudah bermula, pihak sekolah amat bimbang akan berlaku pencerobohan,” tambahnya lagi.

Advertisement

Beliau terdahulu membuat lawatan ke sekolah berkenaan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Johor Jaya 3 selain mengedarkan dua unit alat pensanitasi tangan tanpa sentuhan serta pensanitasi tangan di kedua-dua sekolah.

Difahamkan, pihak sekolah tersebut mengaturkan enam sesi waktu rehat bagi memastikan para pelajar tidak berkumpul di kantin sekolah.

Pihak sekolah juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk menjalankan proses saringan suhu badan di pintu masuk dan memastikan penjarakan sosial dalam bilik kelas dan kawasan sekolah.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top