BM | EN | 中文

RM10,000 diperuntuk bantu projek inovasi pertanian komuniti di Kluang

IMG-20200125-WA0047.jpg
Advertisement

KLUANG, 25 JAN: Sejumlah RM10,000 diperuntukkan dalam bentuk bekalan barangan keperluan pertanian oleh ADUN Mengkibol, Chew Chong Sin kepada projek inovasi pertanian Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Taman Intan 2, disini.

Kata Chong Sin, peruntukan tersebut diberi berikutan pelbagai aktiviti bermanfaat yang dijalankan pihak jawatankuasa tersebut antaranya aktiviti pertanian dan ekonomi yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

“Melihat kepada kesungguhan dan keupayaan masyarakat setempat untuk mewujudkan satu komuniti yang aktif dan sihat, saya memperuntukkan sejumlah RM10,000 berupa bekalan keperluan pertanian.

Advertisement

“Projek inovasi pertanian dan projek petani muda ini adalah dengan kerjasama Jabatan Perpaduan dan ianya dilihat sangat berjaya. Selain itu, ia juga menambah baik sistem tanaman sedia ada.

“Pihak jawatankuasa KRT ini juga kerap menjalankan aktiviti jualan tanaman di sekitar kawasan balairaya kepada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Tambahnya, pelbagai pembaharuan dalam sistem penanaman telah dikaji dan dilaksanakan di dalam kawasan yang amat terhad ini.

Advertisement

Dalam pada itu katanya, KRT Taman Intan 2 juga telah memenangi beberapa anugerah di peringkat negeri melalui program yang dianjurkan Jabatan Perpaduan Negeri selain turut akan mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan tidak lama lagi.

“Saya amat berharap agar aktiviti komuniti seperti ini dapat diteruskan dan menjadi contoh kepada komuniti di tempat yang lain,” katanya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top