BM | EN | 中文

RM1.2 juta dana IMPower diagih

batch.jpg

Ismail bergambar bersama penerima dana IMPower untuk Batch #5

JOHOR BAHRU, 23 FEB: Sebanyak RM1.2 juta telah diberikan kepada 44 kumpulan belia yang berjaya menerusi Tabung Pemerkasaan Belia Iskandar Malaysia (IMPower), sejak dana itu dilancarkan pada 2017.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata, dana tersebut bertujuan melaksanakan program pembangunan komuniti di kawasan Iskandar Malaysia.

“Sejak ditawarkan pada tahun 2017, dana IMPower ini telah diberikan kepada 44 kumpulan belia yang menjalankan pelbagai projek komuniti daripada segi keusahawanan, kesukarelawan, pendidikan, sukan dan kesihatan; dan seni dan budaya.

“Daripada Batch #1 ke Batch #5, sebanyak RM1.2 juta telah diberikan kepada semua 44 kumpulan belia yang berjaya,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 18 kumpulan belia menerima dana ‘IMPower’ berjumlah RM689,493 bagi Batch #5 dalam satu majlis hari ini.

Antara 18 program yang berjaya menerima dana ‘IMPower’ untuk Batch #5 ini termasuklah program ‘Teknologi Lepas Tuai Untuk Petani Moden’ yang mengajar dan menawarkan perkhidmatan menukar hasil pertanian yang berlebihan, seperti serai, kepada barang harian seperti sabun serta pewangi dan sebagainya.

Ismail berkata, pengagihan dana ‘IMPower’ ini turut membentuk satu ekosistem kerjasama yang penting antara komuniti, pihak swasta dan kerajaan dalam memastikan agar komuniti di Iskandar Malaysia turun menikmati limpahan manfaat daripada pembangunan pesat wilayah ini.

“Keterangkuman sosial merupakan salah satu konsep penting dalam pembangunan Iskandar Malaysia dan belia pula merupakan komuniti yang sememangnya menjadi fokus di wilayah ini terutama sekali sebagai bakal pemimpin masa hadapan.

“Penyediaan dana khas, seperti ‘IMPower’ untuk golongan belia, akan dapat mendedahkan dan memberi peluang kepada mereka untuk meneraju, melaksanakan dan menimba pengalaman dalam program dan aktiviti yang membawa perubahan positif kepada komuniti di Iskandar Malaysia,” katanya.

 

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top