BM | EN | 中文

RM 46,520 GALAKAN USAHAWAN ORANG ASLI

gmbr-fail-tosrin.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 26 NOV: Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) Johor memperuntukkan RM46,520 bagi mengembang dan menggalakkan perniagaan dan projek yang diusahakan oleh masyarakat Orang Asli.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi, banyak program dan aktiviti dilaksanakan bagi membangunkan sosial ekonomi Orang Asli di Johor.

“Setakat 2018 dan 2019, kerajaan telah menjalankan Projek Ekonomi Rakyat (Era) melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPK).

Advertisement

“Di samping itu, program membangun usahawan seperti Projek Fergitasi Cili, Projek Lebah Kelulut dan Karnival Usahawan turut dilaksanakan.

“Bagi membantu belia-beliawanis Orang Asli yang belum mempunyai pekerjaan kerana keciciran akademik, Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) diperkenalkan”, katanya pada Mesyuarat (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Terdahulu, Tosrin (PH-Bukit Permai) menjawab soalan Ee Chin Li (PH-Tangkak) yang minta dijelaskan tindakan yang telah diambil bagi membantu kehidupan Orang Asli dan pembangunan yang akan meningkatkan sosial ekonomi di komuniti Orang Asli Johor.

Advertisement

Beliau berkata, bagi tahun 2019 sebanyak RM3,147,951.00 telah disalurkan kepada JAKOA Johor bagi menguruskan perkara-perkara berkaitan pendidikan, kebajikan dan kesihatan masyarakat Orang Asli.

“Peruntukan ini merangkumi kos pengangkutan persekolahan bagi murid-murid Orang Asli.

“Di samping itu, pada tahun 2019 ini juga, JAKOA Negeri Johor menerima peruntukan sebanyak RM 276,950.00 bagi projek bekalan air terawat di perkampungan Orang Asli di Johor”

Advertisement

“Manakala peruntukan berjumlah RM497,200.00 bagi menjalankan program pembangunan infrastruktur dan ameniti sosial turut disalurkan,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top