BM | EN | 中文

RM 2 Juta diperuntuk untuk pencari kerja

IMG-20200109-WA0004.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 JAN: Kerajaan negeri hari ini memperuntukkan sebanyak RM2 juta sebagai usaha menyediakan ruang untuk pencari-pencari kerja yang berada di negeri ini.

Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, peruntukan itu bagi membantu pencari kerja dalam skim meningkatkan kemahiran (up skilling) dan kemahiran semula (reskilling).

Katanya, skim tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran pencari kerja dalam pelbagai bidang yang diperlukan pasaran.

Advertisement

“Kami akan cuba membantu pencari kerja sama ada dalam kalangan mahasiswa, anak muda ataupun mereka yang mahu menukar bidang.

“Skim ini akan diletakkan di bawah Johor Skill dan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). Perkara ini untuk membantu pencari kerja serta penambahan kemahiran mereka.

“Strategi Modal Insan (SMI) akan turut bekerjasama menyalurkan bantuan berupa peralatan dan juga latihan,” katanya.

Advertisement

Beliau ketika ditemui kerajaan negeri komited untuk membantu rakyat negeri ini dalam meningkatkan modal insan bagi memenuhi kehendak pasaran.

Aminolhuda yang juga ADUN Parit Yaani turut berkata, latihan yang akan dijalankan berupa kemahiran pengurusan termasuk pengurusan kewangan.

“Latihan pengurusan ini bertujuan untuk membantu mereka yang ingin berniaga atau menubuhkan syarikat agar mampu menguruskan kewangan dengan baik.

Advertisement

“Kita mahu mereka berjaya menguruskan kewangan dan mampu untuk menjana pendapatan yang lebih kerana pengurusan yang baik,” katanya.

Tambahnya, sasaran kerajaan adalah menyediakan peluang perkerjaan sebanyak 50,000 tahun ini dalam pelbagai bidang kemahiran dan separa mahir.

“Ini adalah hasrat kita di bawah portfolio Sumber Manusia dan ia adalah penambahbaikan dari program yang diadakan sebelum ini,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top