BM | EN | 中文

Rizab kewangan Johor kukuh, harus diguna untuk galak ekonomi

gmbr-fail-tan-chen-choon.jpg

Adun Jementah, Tan Chen Choon

Advertisement

SEGAMAT, 4 OKT: Kedudukan rizab kewangan negeri Johor masih kukuh, dan seharusnya digunakan untuk menggalakkan ekonomi tempatan terutamanya dalam sektor pelancongan, kata Adun Jementah Tan Chen Choon.

Menurut beliau sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai dilaksanakan pada Mac 2020, segala aktiviti pasaran ekonomi yang hampir terhenti dan memberi kesan kepada pembangunan ekonomi.

“Senario ini boleh terbukti melalui penerbitan statistik Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Suku Tahun Kedua 2020 (SKT 2020) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia di mana prestasi KDNK Malaysia telah menyusut 17.1 peratus.

Advertisement

“Justeru itu, kerajaan negeri harus bijak merancang dan menggunakan rizab kewangan yang hampir RM3.1 bilion ringgit dengan memperkenalkan Baucer Pelancongan Dalam Negeri bagi mendorong pelancongan lokal dan membangunkan ekonomi negeri,” kata Tan dalam satu kenyataan semalam.

Beliau turut memetik ucapan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentreri Besar Johor September lalu bahawa pertumbuhan KNDK Johor pada suku kedua berkemungkinan besar lebih merosot berbanding penguncupan 17.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Dalam masa yang sama katanya, bantuan kerajaan negeri kepada industri pelancongan adalah terhad.

Advertisement

Antaranya pemberian insentif RM 1,000 secara one-off kepada pemandu pelancong berlesen di Johor melibatkan kos RM936,000, pengecualian bayaran lesen perniagaan bagi 2020 kepada pemilik syarikat pelancongan dan hotel melibatkan jumlah RM894,211.

Selain itu pengecualian bayaran duti hiburan bagi taman tema dan pusat hiburan keluarga bagi 2020 berjumlah anggaran RM 3 juta, namun ia masih tidak mencukupi.

Justeru, langkah memperkenalkan Baucer Pelancongan Dalam Negeri perlu dilakukan seperti dibuat negara lain antaranya Singapura, China, dan negara-negara Eropah.

Advertisement

Melalui langkah itu kata Tan, ia dijangka dapat membantu menyelesaikan masalah pengangguran, industri pelancongan serta industri berkaitan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top