Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar
PONTIAN, 14 NOV : Risalah yang tersebar dan menyeru pengundi mengutamakan calon Islam bukan daripada Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ini kerana, gabungan itu tidak akan sesekali memainkan isu perkauman.
“Ada risalah diedarkan dalam ceramah ini menyatakan bahawa sebagai orang Islam kena sokong calon Islam. Risalah ini bukan dari PH kerana kita takkan mainkan isu perkauman.
“Kita cuma nak calon yang bersih, tak kira apa kaum sekalipun,” katanya.

Risalah yang tersebar
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Ceramah Perdana Pakatan Harapan (PH) di Tapak Pasar Malam Kukup Laut, di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, Guan Eng menafikan dakwaan pembangkang bahawa beliau telah menghina penjawat awam berhubung isu pembayaran gaji mereka.
Menurut Menteri Kewangan itu, pihak yang menuduh itu perlu mengemukakan bukti.
“Baru-baru ini saya dituduh hina penjawat awam. Saya minta tunjuk bukti saya kata sebegitu.
“Yang saya kata, kita akui kerajaan baru ada masalah dan kita akan atasi. Tetapi tak sampai ugut, tak bayar gaji penjawat awam,” katanya lagi.
JohorKini