BM | EN | 中文

Ringgit dijangka diniagakan rendah sedikit minggu depan dalam dagangan lengang

Ringgit-USD.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 DIS: Ringgit dijangka rendah sedikit berbanding dolar AS minggu depan di tengah-tengah permintaan lemah menjelang cuti panjang hujung tahun, kata seorang penganalisis.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata sentimen risiko yang bertambah baik dan harga minyak tinggi dijangka memberi sokongan kepada ringgit minggu depan tetapi aktiviti agak terhad memandangkan majoriti peniaga sedang bercuti panjang.

Beliau berkata data ekonomi Amerika Syarikat yang rendah dan jangkaan pound sterling yang tingggi berikutan keyakinan terhadap perjanjian perdagangan Brexit menyaksikan dolar AS diniagakan kebanyakannya rendah.

Advertisement

“Pasaran tempatan dipengaruhi kebanyakannya oleh faktor luaran, terutamanya perjanjian perdagangan Brexit dan perkembangan vaksin COVID-19,” katanya, lapor Bernama.

Pasaran tempatan ditutup pada Jumaat sempena cuti umum sambutan Hari Krismas dan dagangan akan disambung semula pada 28 Dis.

Bagi asas Jumaat ke Khamis, ringgit rendah berbanding dolar AS pada 4.0590/0620 berbanding 4.0375/0415 pada minggu sebelumnya.

Advertisement

Mata wang tempatan juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0537/0571 pada Khamis daripada 3.0389/0428 pada Jumaat minggu sebelumnya dan turun berbanding pound Britain kepada 5.5186/5243 daripada 5.4474/4540.

Unit tempatan berkurangan berbanding euro kepada 4.9479/9528 daripada 4.9451/9512 dan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.9153/9193 daripada 3.8983/8029.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top