BM | EN | 中文

Rina perlu henti beri alasan tangguh RUU gangguan seksual – Young Syefura

Young-Syefura-Rara.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Adun Ketari, Young Syefura Othman mempersoalkan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Rina Harun bahawa mangsa gangguan seksual melaporkan insiden kepada pihak berkuasa tanpa perlu menunggu penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual,

Menurut Young Syefura, kenyataan Rina itu dikecam ramai kerana menunjukkan beliau tidak mempunyai empati kepada mangsa di negara ini.

Adakah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Rina Harun, sedar terdapat peningkatan kes gangguan seksual sejak belakangan ini, tetapi ramai mangsa tidak tampil membuat laporan kerana bimbang mereka tidak mendapat pembelaan

Advertisement

“Adakah menteri serius dalam usaha melindungi mangsa gangguan seksual?

“Adakah beliau juga sedar betapa pentingnya RUU Gangguan Seksual dibentang dan diluluskan segera, kerana mangsa berhak mendapat jaminan melindungi serta dilindungi oleh undang-undang di negara ini?” katanya dalam satu kenyataan media.

Young Syefura atau lebih mesra sebagai Rara baru-baru ini mendedahkan beliau telah membuat laporan polis susulan gangguan seksual melalui mesej lucah di laman Facebook rasminya.

Advertisement

“Namun, insiden ini tidak disiasat sebagai jenayah gangguan seksual.

“Malah pelaku tidak boleh didakwa atau disabitkan bersalah, dan hanya disiasat menggunakan peruntukan Seksyen 509 Kanun Keseksaan, iaitu mengaibkan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia sahaja,” tambahnya.

Terdahulu Rara dilaporkan Roketkini berkata, selain gangguan seksual di alam maya, banyak kes dihadapi wanita khususnya, seperti gangguan seksual secara lisan dan sentuhan yang tidak boleh dipinggirkan kerana mengundang trauma apabila tiada pembelaan sewajarnya.

Advertisement

Rara menegaskan agar Rina Harun lebih peka dengan isu di bawah kementeriannya dan berhenti memberi alasan terhadap penangguhan RUU Gangguan Seksual di Parlimen.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top