BM | EN | 中文

RIMAU 7S UNGGUL DI THAILAND

RIMAU-7S-UNGGUL-DI-THAILAND.jpg
Advertisement

(Gambar Ehsan Kesatuan Ragbi Malaysia)

JOHOR BAHRU, 9 SEPT: Skuad ragbi tujuh sebelah negara muncul juara kategori Piala (Cup), Kejohanan Ragbi Tujuh Sebelah Antarabangsa Chang di Stadium Bang Bon di Bangkok, Thailand.

Dalam aksi final hari ini, skuad Rimau 7s menewaskan Awesome Rugby Club 26-5, lapor Bernama.

Advertisement

Dalam laluannya ke perlawanan akhir, Rimau 7s memenangi kesemua perlawanan dalam Kumpulan A sebelum menundukkan Thai Air Force (24-10) dalam saingan suku akhir dan Singapura dengan 26-7 dalam saingan separuh akhir.

Ini merupakan kejuaraan kedua Rimau 7s juga dalam tempoh dua bulan, selepas menjuarai Piala Asia Ragbi 7s di Jakarta, Indonesia, pada Ogos.

Tugasan Rimau 7s selepas ini ialah misi untuk mengekalkan pingat emas Sukan SEA yang akan berlangsung di Filipina, November ini.

Advertisement

Sumber: Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top