BM | EN | 中文

Ribut landa Taman Delima, palang bumbung tercabut nyaris timpa penghuni rumah

Ribut-landa-Taman-Delima-palang-bumbung-tercabut-nyaris-timpa-penghuni-rumah.jpg

Gambar Ehsan FB MP Tebrau

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 JUN: Sepasang suami isteri nyaris maut selepas palang bumbung rumah didiami tercabut dan hampir menimpa mereka dalam satu kejadian ribut di Taman Delima, dekat sini, petang semalam.

Amri Razali, 30, berkata ketika kejadian pada 5.30 petang itu, dia bersama ibu, 60-an, dan anak Ielakinya yang berusia setahun Iebih berada di ruang tamu manakala isterinya, Farhana Yusof, 30, berada di dalam bilik.

“Semasa kejadian, angin sangat kuat sebelum ribut berlaku dalam lima minit diikuti dengan hujan lebat sampai ke malam. Sewaktu ribut itulah sebatang kayu panjang dari bumbung rumah saya tiba-tiba terjatuh dan hampir terkena isteri saya, namun Alhamdulillah dia tidak cedera.

Advertisement

“Selama tiga tahun saya duduk di sini, ini pertama kali berlaku. Kami masih lagi trauma dan terkejut,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Dia yang tinggal di kawasan itu selama tiga tahun, kemudiannya menutup semua punca elektrik bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berikutan keseluruhan rumahnya dinaiki air sebelum menumpang di rumah jiran buat sementara waktu, malam tadi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon berkata Iebih 80 rumah mengalami pelbagai kerosakan melibatkan Iebih 150 penduduk dalam kejadian ribut itu.

Advertisement

“Kami sedang meneliti jenis kerosakan dan bantuan yang boleh diberikan kepada penduduk yang terjejas dengan pelbagai agensi seperti Majlis Bandaraya Johor Bahru, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal,” katanya selepas meninjau kawasan kejadian di sini hari ini.

Bagaimanapun, jumlah kerugian yang dialami penduduk akibat ribut semalam masih dalam siasatan, katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top