BM | EN | 中文

Ribuan hadir majlis Haul Habib Ali Jaafar di Batu Pahat

IMG-20200126-WA0006.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 26 JAN: Kira-kira 10,000 orang jemaah hadir ke majlis Haul Habib Ali Jaafar Al-Idrus yang diadakan di Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat, di sini semalam.

Difahamkan mereka yang datang dari seluruh Malaysia dan ada diantaranya termasuk jemaah dari negara lain seperti Yaman, Indonesia, Brunei dan Thailand.

Urusetia program, Syed Jaafar Syed Omar ketika dihubungi Johorkini berkata, sambutan Haul tersebut diadakan pada 28 Jamadilawal atau pada minggu yang sama bersempena hari pemergian Habib Ali Jaafar Al-Idrus.

Advertisement

Syed Jaafar yang juga cucu kepada Habib Ali Jaafar berkata, sambutan Haul yang diadakan pada tahun ini amat istimewa kerana majlis yang berlangsung itu adalah bagi tahun yang ke-10 dan dapat menghimpunkan sahabat handai dan rakan-rakan dari seluruh dunia.

“Majlis kali ini memang meriah. Kami dah anggap seperti hari raya. Ramai yang datang dari seluruh dunia. Kita juga mendapat kerjasama yang baik daripada Pejabat Agama Islam dan Pejabat Kadi daerah Batu Pahat.

“Tahun depan Insya-ALLAH kita nak buat di tempat yang sama di Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat,” katanya.

Advertisement

Syed Jaafar memberitahu, majlis berkenaa dimulakan dengan majls khatam Al-Quran dan maulid selain alunan qasidah dari sebuah kumpulan Maahad Tahfiz yang didatangkan khas dari Johor Bahru.

Ia disusuli dengan bacaan surah Yaasin, solat maghrib dan isyak berjemaah selain bacaan manaqib – kisah perjalanan salasilah kehidupan dan nasab Habib Ali Jaafar Al-Idrus.

‘Haul’ adalah majlis bagi memperingati sumbangan ulama dan ilmuwan yang menabur bakti demi menegakkan syariat serta syiar Islam.

Advertisement

Haul atau disebut sebagai ‘hol’ membawa maksud majlis tahunan pada tarikh tertentu khusus untuk memperingati orang yang dimuliakan Allah SWT kerana jasa dan bakti kepada umat Islam.

Ia juga bertujuan agar hadirin mengambil iktibar daripada sejarah hidup mereka yang sekaligus mendorong umat Islam melakukan kebaikan.

Allahyarham Habib Ali meninggal dunia pada Mei 2010 yang mana beliau dikenali sebagai tokoh agama oleh masyarakat setempat dan sering dikunjungi untuk mendapatkan nasihat yang baik.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top