BM | EN | 中文

RGL dan PCA: Permohonan rentas sempadan JB-Singapura boleh dikemuka mulai 10 Ogos

Hishammuddin-Hussein-Dr-Vivian-Balakrishnan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 JUL: Malaysia dan SIngapura bersetuju melaksanakan pergerakan rentas sempadan bersyarat menerusi dua inisiatif – Reciprocal Green Lane (RGL) atau Laluan Hijau Timbal Balik dan Periodic Commuting Arrangement (PCA) atau Pengaturan Ulang Alik Berkala.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan juga telah dimuktamadkan dan permohonan boleh dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia bermula 10 Ogos.

“Seperti telah saya maklum beberapa kali, ada empat kategori dicadangkan untuk pergerakan rentas sempadan Malaysia-Singapura ini.

Advertisement

“RGL dan PCA ialah kategori pertama dan kedua. Untuk kategori ketiga iaitu pergerakan rentas sempadan harian dan kategori keempat iaitu buka sempadan sepenuhnya; rundingan dengan Singapura akan terus diadakan untuk memuktamadkan SOP.

“Banyak yang perlu diperhalusi dengan mengambilkira keupayaan melaksanakan ujian saringan serta kemudahan perubatan di kedua-dua Negara.

“Ini bukan mudah kerana ia akan melibatkan lebih 200 ribu orang sehari. Penting untuk kita utamakan keselamatan memandangkan krisis COVID-19 belum reda malah menunjukkan peningkatkan kes sejak akhir-akhir ini,” kata Hishamuddin dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Terdahulu pagi ini, Hishammuddin dan rakan sejawatan dari Singapura Dr Vivian Balakrishnan berlangsung kira-kira 10 minit di Tambak Johor yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

Ia merupakan pertemuan bersemuka pertama kedua-dua pemimpin, khususnya selepas kedua-dua negara menutup sempadan masing-masing bagi mengekang penularan COVID-19, bermula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Malaysia pada 18 Mac lepas.

Malaysia menutup sempadan negara buat hampir semua warganegara dan warga asing, sebagai usaha membendung penularan wabak COVID-19.

Advertisement

Sempadan Malaysia-Singapura merupakan antara yang tersibuk di dunia dan penutupannya menyebabkan banyak masalah buat kedua-dua negara.

Buat masa ini, kedua-dua negara melonggarkan perintah kawalan pergerakan, dan secara berperingkat membuka semula sektor ekonomi selaras penurunan kes baru COVID-19.

Dalam satu kenyataan berasingan yang dilaporkan Malaysiakini, Hishammuddin berkata kelulusan pelaksanaan skim tersebut – yang dijangka seawal 17 Ogos tertakluk kepada keupayaan kedua-dua negara melaksanakan ujian saringan Covid-19 harian terhadap pekerja-pekerja yang berulang alik.

Advertisement

“Kelulusan ini juga amat berkait rapat dengan tahap disiplin dan pematuhan rakyat kedua-dua negara yang melaksanakan pergerakan rentas sempadan menerusi skim RGL dan PCA,” katanya.

Difahamkan Malaysia turut membincangkan mengenai gelembung perjalanan hijau dengan Australia, New Zealand, Thailand, Brunei dan Jepun.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top