BM | EN | 中文

RGL dan PCA: JKN Johor bersedia bagi pembukaan sempadan JB – Singapura

RGL-dan-PCA-JKN-Johor-bersedia-bagi-pembukaan-sempadan-JB-Singapura.jpg

Gambar Ehsan FB UKK-BSI

JOHOR BAHRU, 14 OGOS: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor akan menempatkan anggota mencukupi bagi memastikan kelancaran pembukaan sempadan di bawah skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) mulai 17 Ogos ini.

“Kami bersedia dengan pembukaan sempadan termasuk melakukan saringan dan ujian COVID-19,” kata Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Aman Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan taklimat berhubung pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Iskandar, di sini semalam.

Pada 26 Julai lepas, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatan dari Singapura Dr Vivian Balakrishnan bertemu di atas Tambak Johor.

Ia sebagai simbolik menandakan persetujuan pembukaan sempadan kedua-dua negara yang dijangka bermula seawal 17 Ogos, selepas kedua-dua negara menutup sempadan masing-masing bagi mengekang penularan COVID-19, bermula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Malaysia pada 18 Mac lepas.

RGL akan membolehkan perjalanan rentas sempadan bagi tujuan perniagaan dan rasmi yang penting antara kedua-dua negara.

Manakala PCA akan membolehkan penduduk yang memegang pas imigresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan kerja di salah satu negara memasuki negara itu.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top