BM | EN | 中文

REVOLUSI IR 4.0, PERTANIAN SUMBER REZEKI BARU

salahuddin-hppnk.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 NOV : Sudah sampai masanya Malaysia membuat naratif, melakar pendekatan baru untuk berhadapan dengan kepantasan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, berikutan itu, negara mesti bersedia menyediakan peluang pekerjaan baru yang menyaksikan pertanian akan menjadi tumpuan dan sumber rezeki baru.

“Kita melihat potensi yang begitu jelas dimana hari ini kita masih mengimport RM50 bilion bahan makanan kita.

Advertisement

“Oleh itu, marilah kita bergerak pantas untuk kita mengisi ruang pengimportan itu dengan memaksimakan tanah pertanian dan tanah-tanah terbiar.

“Ia dapat mengurangkan balance of trade kita dan menjadikan Malaysia sebagai pengeksport buah-buahan ke serata dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 di Angsana Mall, sebentar tadi.

Advertisement

Majlis itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

HPPNK merupakan usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dalam menyediakan sebuah platform kepada peladang, penternak dan nelayan untuk mengetengahkan hasil-hasil pertanian dan teknologi tinggi.

Program itu yang berlangsung hari ini hingga Ahad depan dijangka menarik seramai 500,000 pengunjung dan bakal menjana transaksi sebanyak RM30 juta.

Advertisement

Justeru itu, Salahuddin yakin dan percaya HPPNK akan menghimpunkan semua pemain industri serta para petani.

“Dan untuk kesekian kalinya saya ingin menyatakan dalam majlis yang cukup berprestij ini bahawa kami di Kementerian menganggap petani-petani kita adalah wira negara dan mereka setaraf pasukan keselamatan yang mempertahankan kedaulatan tanah air.

“Ini kerana petani kita adalah mereka yang mempertahankan keselamatan negara maka dengan itu kita ingin menyatakan MOA adalah benteng makanan negara,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top