BM | EN | 中文

REVOLUSI HIJAU PERTANIAN TANAH TERBIAR DI JOHOR

IMG-20190929-WA0005.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 29 SEPT: Kerajaan negeri akan mengenal pasti tanah milik kerajaan negeri yang terbiar untuk diusahakan dengan projek pertanian, menerusi dasar ‘revolusi hijau’ yang bakal diperkenalkan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, pihaknya kini sedang membuat semakan terutamanya tanah berkaitan Jabatan Pertanian dan Jabatan Veterinar.

“Dari penelitian saya mendapati, taman kekal pengeluaran makanan kekal melibatkan dua agensi iaitu Jabatan Pertanian dan Jabatan Veterinar masih belum mencapai tahap yang dikehendaki.

Advertisement

“Saya ingin memberi peringatan kepada mereka yang diberi hak dan lesen taman kekal pengeluaran pertanian, dalam tempoh tiga bulan jika tak diusahakan akan disingkir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Johorkini selepas perasmian Ekspo Tani Johor dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Johor 2019 di Dataran Penggaram, dekat sini, semalam.

Menurut Tosrin, terdapat banyak tanah kerajaan yang dahulunya dimohon bagi projek pertanian, namun tidak mendatangkan hasil dan lebih teruk lagi apabila ia tidak diusahakan.

Advertisement

Justeru itu, beliau mahu hanya pihak yang benar-benar berminat dan komited diberikan peluang bagi mengusahakan tanah tersebut.

“Kita nak bangunkan pertanian. Mereka yang diberi peluang, tapi tak usahakan (sedangkan) ramai lagi petani dan peladang yang ‘laparkan’ tanah untuk tingkatkan usaha Kita tak mahu retorik,” kata Tosrin.

Dalam pada itu katanya, agensi, pertubuhan, jabatan kerajaan dan pihak yang terlibat langsung dengan industri pertanian perlu menggandakan usaha bagi menjayakan usaha ‘revolusi hijau’, agar pertanian terus menjadi peneraju ekonomi di Johor.

Advertisement

“Gelombang revolusi hijau hala tuju pertanian Johor 2020 akan menjadi fokus.

“Saya berharap peruntukan yang dimajukan kepada YAB Menteri Besar di bawah revolusi hijau

akan diberikan perhatian,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top