BM | EN | 中文

‘REVOLUSI HIJAU’ DI JOHOR TELAH BERMULA – EXCO PERTANIAN

Tosrin-Pertanian-Johor.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 30 NOV: Rancangan Gagasan Revolusi Hijau telah pun bermula dengan projek yang pertama dilancarkan di Felda Ulu Tebrau, di Ulu Tiram dan Felda Inas, Kulai.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, program yang pertama itu melibatkan tanah seluas 30 bagi tanaman kontan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Tosrin Jarvanthi ketika berbahas di Dewan Negeri Johor

“Bagi makluman Dewan, saya bukanlah bercakap kosong apabila saya bercakap, Rancangan Gagasan Revolusi Hijau yang pertama di Felda Ulu Tebrau telah pun termetri sebanyak 30 ekar.

Advertisement

“Para peserta daripada peneroka melalui koperasi diberikan projek tanaman nenas MD2.

“Bagi projek untuk menjadikan Johor sebagai pengeluar hab lada hitam semula, sebanyak 16 orang peserta telah pun kita pilih di Felda Inas, seluas kawasan 10 ekar sebagai peserta tanaman lada hitam di negeri Johor,” kata Tosrin.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada sesi penggulungan perbahasan penggal persidangan kedua Dewan Negeri Johor ke-14, sempena Belanjawan Johor 2020 di Kota Iskandar Khamis lalu.

Advertisement

Dalam pada itu kata Tosrin, mana-mana peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan yang gagal memberikan mengusahakan tanamannya akan dikeluarkan dari program tersebut.

“Mana-mana tanaman kekal pengeluaran makanan yang di bawah Jabatan Pertanian, yang tidak diusahakan oleh mereka yang telah diberikan peluang, saya telah pun meminta Jabatan Pertanian supaya kita memberikan tiga bulan tempoh terakhir kepada mana mereka yang tidak berusaha.

“Kita akan keluarkan dari senarai sebagai peserta di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Jabatan Pertanian Negeri Johor. Saya amat mengambil komitmen yang tegas,” kata Tosrin.

Advertisement

Beliau bagaimanapun optimis dengan para petani di Johor untuk menyambut seruan program Gagasan Revolusi Hijau yang dikemukakannya.

“Saya cukup yakin komitmen kita dalam revolusi hijau.

“Seperti yang telah saya sarankan mudah-mudahan ianya akan menjadi satu anjakan paradigma bagi petani-petani di negeri Johor,” klata Tosrin lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top