BM | EN | 中文

Restoran, kedai makan beroperasi sehingga jam 10 malam

restoran-senibong-johor-bahru.jpg

Restoran makanan laut di Senibong, Johor Bahru (Gambar Ehsan Blog Bidasari)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 UN: Menteri Pertahanan, Ismail Sabri dalam satu kenyataan mengumumkan, kerajaan membenarkan restoran dan kedai makan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam.

Kebenaran itu berkuatkuasa sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula esok.

“Setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuatkuasa 28 Jun 2021,” kata Ismail.

Advertisement

Sebelum ini, operasi melibatkan premis kedai makan dan restoran hanya dibenarkan bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam.

Semasa PKP 2.0, kerajaan menetapkan waktu operasi kedai makan dan restoran dari jam 6 pagi hingga jam 8 malam, yang menyebabkan perkhidmatan penghantaran berhenti mengambil pesanan pada jam 7.30 malam.

Perkara itu menimbulkan keluhan individu yang bekerja kerana tidak sempat membeli makanan untuk makan malam mereka.

Advertisement

Kerajaan kemudian menetapkan waktu operasi restoran dari jam 6 pagi hingga 10 malam.

Ketika PKP 3.0 diumumkan Mei lalu, kerajaan kembali menetapkan operasi kedai makan dan restoran sehingga jam 8 malam, menyebabkan keluhan yang sama.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top