BM | EN | 中文

Respon Takiyuddin keatas kenyataan Istana: Pemuda Amanah Johor lapor polis

Respon-Takiyuddin-keatas-kenyataan-Istana-Pemuda-Amanah-Johor-lapor-polis.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 20 JUN: Satu laporan polis telah dibuat oleh Pemuda Parti Amanah Johor 17 Jun lalu di Balai Polis Parit Raja, Batu Pahat, susulan respon Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan keatas kenyataan dikeluarkan Istana Negara, baru-baru ini.

Ketua Pemuda Parti Amanah Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan beliau sendiri hadir di balai polis berkenaan bersama rombongan pemuda Parti Amanah Johor.

“Pada 17/06/2021 jam lebih kurang 1 tengah hari, semasa berada di rumah di parit daun parit raja terbaca wawacara harakah oleh YB Takiyuddin bin Hasan saya nasharudin mohamad, ingin membuat laporan berkenaan kenyataan Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang bersifat derhaka terhadap kenyataan Yang Dipertuan Agong yang menitahkan agar sidang parlimen diadakan secepat mungkin.

Advertisement

“Hal ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan media Majlis Raja-Raja yang menitahkan agar sidang parlimen segera bersidang. Sikap melengah dan cuba untuk menunda sidang parlimen yang ditonjolkan oleh YB Takiyuddin dalam wawancara Harakah yang dilaporkan oleh Malaysiagazete dan Berita Harian jelas mempersendakan titah Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja tersebut.

“Beliau menyatakan: YDPA tidak titah bulan berapa untuk bukan sidang Parlimen, PM sudah nyatakan akan buka Parlimen pada September dengan diikuti gelak sinis. Hal ini jelas merupakan satu cubaan mempersendakan institusi diraja yang mana telahpun menitahkan agar sidang parlimen diadakan dalam kadar segera.

“Ini menunjukkan bahawa raja-raja melihat situasi ini dalam keadaan sangat mendesak. Oleh itu, kami menggesa agar pihak polis menyiasat dan mengenakan tindakan tegas terhadap isu ini kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan Bahagian IV Persekutuan Bab 2 Majlis Raja-Raja Perkara 38 serta beliau boleh dicaj di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” menurut kenyataan beliau.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top