BM | EN | 中文

Rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun

sekatan-jalan-raya-pkpb-covid-19-johor.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 JUN: Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan mulai 10 Jun kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung.

“Jadi, bagi mereka yang ingin menziarahi ibu-bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian.

Advertisement

“Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan.

“Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan,” katanya.

Tambah beliau dalam tempoh PKPP ini juga, hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada prosedur standard operasi (SOP).

Advertisement

“Sepertimana yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, perkhidmatan gunting rambut dan salun akan dibenarkan. Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazaria, medan selera, pusat penjaja, food truck dan gerai makan juga akan dibenarkan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top