BM | EN | 中文

[RENCANA] Kisah ‘Lorong Underground Art Space’ a.k.a LUAS di Kulai (Bahagian Akhir)

LUAS-Kulai.png
Advertisement

Oleh : Mat Grinder

Inspirasi dari bekalan pengalaman, Lorong Ismail di Kulai boleh dijadikan sebagai salah satu daya tarikan.

Entah bila, tapi keyakinan tetap ada agar semua pihak membuka mata dan mencari apakah potensi tersembunyi di ‘celah’ lorong itu.

Advertisement

Bagaimana kita ingin ‘membangunkannya? Dengan konsep apa, dengan cara apa? Secara spontan terpacul satu nama dari fikiran bagi mengistilahkan lorong khas istimewa tersebut sebagai ‘Lorong Underground Art Space’ (Luas).

‘Lorong Underground’ ini juga idea dari seorang kartunis tersohor negara iaitu kartunis Gayour. Lorong tersebut direncanakan sebagai sebuah ‘platform’ terbaik untuk mereka atau sesiapa sahaja yang ingin berekspresi.

Sempit! Tetapi ia luas untuk mereka yang ingin berekspresi. ‘Luas’ secara amnya ingin menjadikan Lorong Ismail sebagai platform untuk seni dan hiburan khusus untuk segenap lapisan masyarakat di Kulai.

Advertisement

Dengan impian menjadikan ‘Luas’ sebagai tarikan masyarakat yang menghargai seni dan muzik, malah tidak keterlaluan jika apa sahaja konsep seni yang ingin diwujudkan amat dialu-alukan. Harapan agar ‘Luas’ dapat dijadikan sebagai sebuah tempat penuh dengan keamanan dan ketenangan kepada mereka sukakan suasana ‘street’ sambil ‘mengopi’ dan menikmati aktiviti seni walaupun di celah lorong!

‘Luas’ wujud disebabkan dewasa ini lorong tersebut semakin mendapat perhatian anak anak muda yang ber’genre’kan seni dan muzik yang bergerak secara ‘underground ‘yang rata-ratanya bergerak secara’ independen’ dan berani menzahirkan ekspresi mereka.

Tambah pula dengan perniagaan kafe yang diusahakan oleh anak-anak muda merancakkan lagi suasana pada waktu malam di celah ‘Luas’ tersebut .

Advertisement

Ya ‘Luas! Ia bukan sekadar ruang, tetapi sebuah tempat yang ada tujuan dan maksud agar mereka yang datang mendapat sesuatu yang positif dan ada pengisian untuk ditimba.

Inisiatif anak-anak muda tempatan dan luar memainkan peranan penting dalam memberi pelajaran yang positif, secara bertentang mata dan ‘hidup’.

Dalam masa yang sama ‘Luas’ ingin mencari dan melahirkan bakat bakat anak seni tempatan mahupun dari luar berani untuk menzahirkan bakat dan karya mereka disitu. Itu matlamat ‘Luas’.

Advertisement

Ia memerlukan kekuatan dan inisiatif memastikan ‘Luas’ akan dijadikan sebagai sebuah lorong kreatif pada masa akan datang. Mengekalkannya bukan suatu yang mudah. Idea kreatif diperlukan sebagai satu jaminan produk untuk memastikan lorong tersebut terus hidup.

Idea ‘Luas’ wujud sebagai satu kesinambungan anak-anak seni di Kulai berani tampil ke depan untuk mempertaruhkan kreativiti dan mungkin juga sebagai sumber pendapatan mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Malah melalui platform di Luas, siapa tahu, ia akan terus rancak dan bertukar menjadi sebuah ‘industri seni yang berpangkalan d Kulai. Kita rancakkan lagi industri seni di Malaysia. Itu salah satu matlamat ‘Luas’.

Advertisement

Apapun, inisiatif dari diri kita sendiri untuk mencorak ‘Luas’ itu sendiri, apa matlamat dan tujuan ‘Luas’ itu sendiri.

Penulis aalah penggerak seni-budaya counter culture di Kulai

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top