BM | EN | 中文

[RENCANA] Kisah ‘Lorong Underground Art Space’ a.k.a LUAS di Kulai (Bahagian 1)

LUAS-Lorong-Underground-Art-Space.png
Advertisement

Oleh : Mat Grinder

Terkejut apabila dijemput agar menulis tentang sebuah ‘tempat’ di Kulai dari segi sudut perspektifnya. Membuat rasa dihargai, walaupun diakui apakah selayaknya, adakah aku mampu?

Tapi aku cuba kerana sebelum in hanya mampu bercerita dari rasa hati sendiri, walaupun sejarah tempat yang ditulis hanyalah ‘sejarah picisan’ buat mereka yang tahu sahaja. Sejarah Lorong Underground Art Space (L.U.A.S) secara ringkas.

Advertisement

Kalau kita berfikiran sempit, maka ia takkan bergerak seiring dengan pemikiran dan kehendak kita. Kita mahu membawa sesuatu yang tinggi nilainya ke sebuah tempat yang ‘kecil’ ruangnya, namun ‘luas’ pengisiannya.

Bermakna kita memerlukan satu pengorbanan dan iltizam yang kuat agar semua tahu betapa ‘luas’nya keinginan manusia menerobos masuk ke ruang dimensi seni yang mencabar fikiran.

Kita dikurniakan akal yang ‘luas’. Kita perlu pecahkan hegemoni dan membawa karya seni dan mengangkat martabatnya agar suatu hari nanti akan terbuka satu ruang yang ‘luas’ kepada sesiapa sahaja yang ingin berekspresi.

Advertisement

’Luas’ ingin membuka ruang yang secara realitinya eksklusif kepada semua dan menjadikan lorong itu ’luas’ dari sudut dan ruangnya tersendiri.

Dari celahan lorong yang terceruk diantara dua bangunan itu, sudah belasan tahun wujudnya ‘lorong underground’. Ia menjadi tempat dan ‘port’ anak-anak scene underground Kulai, anak-anak ‘grunge’ berjiwa ‘rebel’ yang sekian lama menjadikan lorong itu sebagai sebuah tempat yang istimewa untuk mereka ‘meluahkan’ apa sahaja yang lahir dari isi hati mereka.

“Ini wilayah Aku’. Di wilayah ini kami bertukar ‘ilmu’ mengenai muzik dan berebut-rebut zine. Kerana pada masa itu, zine satu-satunya medium yang terbaik untuk mendapatkan maklumat mengenai karyawan kegemaran mereka sambil berkongsi mendengar ‘walkman’ dan kaset kugiran kegemaran mereka.

Advertisement

Masing-masing dengan pakaian mengikut tema genre muzik tersendiri. Sama ada Punk, Grunge, Metal, Rock, Hardcore, Skinhead, mereka ‘unite’.

Lorong Ismail itulah mereka jadikan sebagai tempat pertemuan selepas kembali dari ber’jamming’ di studio yang terkenal di Kulai pada masa itu – Mika Jamming Studio.

Kebanyakan mereka berekspresi, sementelah pula jiwa dalaman melawan yang kuat, suasana di lorong itu pula seiring ‘jiwa pemberontakan’ seolah-olah seperti ingin menyampaikan suatu mesej – sama ada secara tersurat mahupun tersirat .

Advertisement

Imbas kembali pengalaman sebagai ‘backpacker’ dulu, membuka mata aku untuk melihat, menerjah dan berkawan. Dalam masa yang sama membina jaringan secara positif dengan konsisten.

Dari pengalaman mengembara di negara-negara yang pernah dijejaki seperti Thailand, Indonesia,Filipina dan beberapa negara Asia lain, mereka menjadikan segenap ruang lorong yang ada untuk berkarya, berekspresi dan secara tak langsung menjadikan lorong-lorong itu ‘hidup’.

Ia sekaligus memberi impak yang positif dari sudut ekonomi terutamanya kepada sektor pelancongan dalam perspektif karya seni. Di sana ‘lorong’ dijadikan sebagai ruang dan tempat untuk artis mempamerkan kreativiti dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat.

Advertisement

Ada yang sarkastik, ada yang mencolok mata, absurd, surrealism, satira dalam menghentam politik dan politikus. Mereka bebas berkarya tanpa rasa takut kerana semata-mata ingin menyampaikan mesej melalui seni tanpa perlu ‘bersuara’ .

Mustahilkah jika ia dilakukan di Lorong Ismail?

(Bersambung ke bahagian ke-2)

Advertisement

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top