BM | EN | 中文

[RENCANA] Keberanian Togom Peserai tangkap ribuan buaya, lawan pengganas perlu dikenang rakyat Johor

Togom-Bin-Janang-pic.png
Advertisement

Oleh: Mohd Azlan Mohd Sharif

Batu Pahat terkenal sejak dahulu disebabkan kemasyhuran penempatan di pesisir sungai seperti tercatat dalam peta kelasi kapal Portugis kurun ke-16 sebagai “Rio Fermoso”.

Selain itu penemuan Batu Aceh di pesisir Sungai Simpang Kiri iaitu Pemakaman Batu Aceh Bukit Inas yang kini sedang dijenamakan semula oleh Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat.

Advertisement

Bukan asing kisah buaya Sungai Batu Pahat di kalangan orang Batu Pahat dan kemunculan Togom menjadi “penyelamat” kerana memburu buaya tanpa senjata bukan sahaja di Peserai (kedudukannya dari sudut geografi ialah bertentang dengan Bandar Penggaram) malah di seluruh negara.

Menurut Berita Harian pada 26 Julai 1983 bertajuk “Raja Buaya” yang memburu tanpa senjata”, Encik Togom Bin Janang mula menangkap buaya seawal usia 17 tahun dan pernah menerima Queen’s Commendation for Brave Conduct pada zaman pemerintahan British semasa menyertai Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu.

Anak kelahiran Peserai, Batu Pahat ini terkenal sebagai penangkap buaya sehingga dicatat namanya dalam Penyata Rasmi Parlimen Dewan Negara pada 17 Disember 1987 apabila Senator Shaharudin Maasom mencadang agar dipanggil Togom Janang dari Batu Pahat untuk menangkap buaya tidak liar kerana pengalamannya pernah menangkap 40,000 ekor buaya.

Advertisement

Keberanian Togom Janang bukan sahaja dibuktikan dengan jasa “menumbangkan” buaya malah bekas Polis ini berjaya menumbangkan pengganas dan pernah tercatat namanya di The London Gazette bertarikh 12 Januari 1954 iaitu:

“TOGOM bin Janang, corporal, Federal Field Force (police), Federation of Malaya. For services during an attack by terrorist in Malaya”

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan belang. Namun,penghargaan Queen terhadap Togom Janang ini tidak ramai yang mengetahuinya dan tidak diketahui bahawa di hujung hayatnya pernah menerima apa apa penghargaan daripada peringkat Negeri Johor atau Persekutuan.

Advertisement

Saya agak terkesan apabila merujuk Berita Harian, 2 November 1987 bertajuk “Togom mula dikenali ramai” berbunyi :

“…Encik Togom berjaya menewaskan Raja Sungai itu dan beberapa ekor buaya lagi di Sungai Kesang, Muar. Namanya serta merta menjadi sebutan penduduk kampong. Kegagahannya menjadi bualan.

Tetapi peristiwa itu berlaku 30 tahun lalu. Kini, Togom telah 64 tahun, uzur dan tidak lagi berdaya menghalau buaya apatah lagi membunuhnya. Beliau terlantar sakit di rumahnya di Peserai tiga kilometer dari Batu Pahat.”

Advertisement

Kesimpulannya, jasa Togom Janang perlu dikenang kerajaan negeri Johor dan bintang penghargaan sesuai perlu dikurniakan walaupun beliau telah lama meninggal dunia.

Kerajaan negeri Johor, Yayasan Warisan Johor dan Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat perlu menyiasat dan merekodkan hasil tinggalan Arwah Togom Janang yang terkenal bukan sebagai menumbangkan buaya malah menumbangkan pengganas di mana ketika ini waris beliau masih hidup termasuk Wahid Togom, 65 tahun yang tinggal di Peserai.

Ia boleh dijadikan antara koleksi utama Muzium Batu Pahat nanti. Sewajarnya nama Togom Janang diabadikan di mana mana jalan di dalam Peserai, Batu Pahat bagi mengenang jasanya dan diketahui oleh generasi muda di Batu Pahat.

Advertisement

Al-Fatihah buat arwah Koperal Togom Janang.

Mohd Azlan Mohd Sharif adalah anggota jawatankuasa Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top