BM | EN | 中文

Remaja suspek kes pecah rumah ditahan

polis-jenayah.jpg
Advertisement

KULAI, 21 FEB : Tindakan pantas pihak polis berjaya menangkap remaja berusia 19 tahun bagi membantu siasatan susulan kes pecah rumah di Kulai yang melibatkan kerugian sebanyak RM45,000 awal pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, hasil dua serbuan yang dilakukan di Kulai dan Johor Bahru, pihak polis berjaya menangkap suspek kira-kira jam 11.30 pagi.

“Pihak polis turut merampas sebuah kereta, dompet, wang tunai, telefon bimbit, kad ATM, wang tunai dan beberapa lagi barang yng dipercayai milik mangsa.

Advertisement

“Suspek yang dipercayai penuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ditahan reman di bawah 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari bagi membantu siasatan,”katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Terdahulu, suspek dipercayai telah memecah masuk rumah mangsa yang merupakan seorang guru dan melarikan barang serta kereta milik mangsa.

Mangsa menyedari kejadian itu apabila mendapati kereta dan barang miliknya telah tiada.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top