BM | EN | 中文

REMAJA OKU LEMAS KETIKA MEMANCING DI SUNGAI

IMG-20191219-WA0008.jpg

Pasukan bomba membawa mayat remaja lemas berkenaan untuk diserahkan kepada polis.

Advertisement

KOTA TINGGI, 19 DIS : Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) lemas ketika memancing bersama rakannya di sebuah sungai dekat Kampung Baru Sungai Telor, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu mangsa dikenali sebagai Mohd Muizzudin Mohd Nasir, 18 merupakan pelajar Pusat Pendidikan Khas (PDK) Taman Sri Saujana meninggal dunia, manakala rakannya Mohd Haikal Iskandar Halim, 13 terselamat dalam kejadian itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Nik Azaham Nik Aziz berkata, punca kejadian dikatakan mangsa bersama tiga orang rakannya telah pergi ke sungai berkenaan untuk memancing.

Advertisement

“Mangsa telah tergelincir dan jatuh ke dalam sungai tersebut. Seorang rakan mangsa Mohd Haikal cuba menyelamatkan mangsa tetapi gagal dan hampir lemas.

“Kemudian rakan mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam yang kebetulan melalui jalan berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Norahpandi Samsudin berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 11.26 pagi.

Advertisement

Menurutnya, seramai 12 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi bersama sebuah jentera dan sebuah kenderaan EMRS ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari menyelamat Mohd Muizzudin dilakukan melalui operasi membuat ‘surface and searching’ dengan dua unit bot orang kampung dalam jarak 500 meter dari lokasi pertama mangsa dipercayai jatuh.

“Selain itu, pasukan penyelamat di air (PPDA) turut membuat pencarian di permukaan air menggunakan tali.

Advertisement

“Pencarian juga dilakukan di sekitar tebing sungai bersama orang kampung sebelum mangsa dijumpai oleh pasukan PPDA pada jam 3.05 petang di dasar sungai pada jarak 50 meter dari tempat pertama mangsa dipercayai jatuh,”katanya.

Tambahnya, antara agensi lain terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa adalah Polis Diraja Malaysia seramai tujuh orang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) seramai empat orang.

Jelasnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 4.10 petang.

Advertisement

JohorKini he

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top