BM | EN | 中文

Remaja meninggal selepas vaksin pertama di Batu Pahat ada penyakit lain – JKN Johor

Kosong-Jabatan-Kesihatan-Negeri-Johor-JKNJohor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 OKT: Pemeriksaan terhadap Allahyarhamah Noor Hayati Nabila Abdullah, 14, yang meninggal dunia pada 8 Oktober lalu mendapati remaja berkenaan mempunyai ketumbuhan di ovari dan anomali struktur jantung.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr. Aman Rabu berkata, sampel tisu dalam badan juga telah dihantar ke Pakar Perubatan Forensik Patologi di Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk maklumat lanjut.

Menurut beliau, keputusan pemeriksaan lanjut terhadap jenazah remaja itu dijangka diperoleh antara esok hingga 28 Oktober ini.

Advertisement

“Pada 3 Oktober lalu, Allahyarhamah telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 berjenama Comirnaty Pfizer.

“Status kesihatannya pasca vaksin dalam keadaan baik, tidak menghidap demam, selesema, lemah sendi atau susah bernafas dan boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa,” katanya, lapor Utusan Online.

Semalam, Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi memuat naik satu kenyataan ringkas memaklumkan Allahyarhamah Noor Hayati Nabila meninggal dunia beberapa hari selepas menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

Advertisement

Dalam kenyataan itu, Puad turut meminta Kementerian Kesihatan mengeluarkan keputusan bedah siasat dengan telus dan segera.

Remaja itu dilapor ditemukan meninggal dunia oleh ibunya di ruang tamu rumah mereka di Batu Pahat, dekat sini.

Sementara itu, Dr. Aman memberitahu, temubual bersama waris mendapati Allahyarhamah tidak mempunyai sebarang jenis penyakit dan alahan.

Advertisement

“Pelbagai ujian darah telah dihantar ke makmal dan masih menunggu keputusan. Laporan bedah siasat ini dikategorikan masih belum lengkap kerana keputusan ujikaji belum diterima.

“Bagaimanapun, jabatan ini mengambil perhatian di atas perkara yang telah tular,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top