ISKANDAR PUTERI, 30 SEPT : Seorang remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas di Kilometer 27 Jalan Johor Bahru-Pontian, di sini, kira-kira jam 5.40 petang, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asistan Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan patah bahagian leher dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motorsikal Yamaha LC bergerak dari Pontian menghala ke Pulai Jaya dipercayai terbabas dan jatuh di tepi jalan.
“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan patah bahagian leher, disahkan mati ditempat kejadian oleh pihak ambulan yang tiba sejurus kemalangan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.
Dzulkhairi berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim Kulai untuk tujuan bedah siasat.
Johorkini