BM | EN | 中文

REMAJA MAUT LANGGAR LEMBU DI TANJUNG BELUNGKOR

remaja-maut-langgar-lembu-di-tg-belungkor.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 12 OKT : Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangi melanggar seekor lembu di KM 7 Tanjung Belungkor, Felda Adela, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu menyebabkan mangsa dikenali sebagai Saiful Danial Saifullizan, 19 dari Felda Sening maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal seorang diri sebelum melanggar seekor lembu ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Advertisement

“Mangsa mendapat cedera di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian serta dibawa ke hospital Kota Tinggi untuk produser lanjut siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Ahsmon turut menasihati orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga ketika memandu diwaktu malam kerana penglihatan yang agak terhad.

Advertisement

“Pada masa sama para penternak haruslah mengambil tanggungjawab dalam menjaga haiwan peliharaan masing-masing bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top