BM | EN | 中文

REMAJA MALAYSIA TERPILIH BERLATIH BERSAMA BAYERN MUNICH

f5207c0c464fb53aeb31f48b12e3f935.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 OGOS: Dua remaja Malaysia berjaya menambat perhatian Bayern Munich untuk dipilih berlatih bersama pasukan remaja kelab elit Jerman tersebut bulan ini.

Aksi cemerlang Adam Alif Mustafa dan Muhammad Firdaus Amirrudin dalam Kem Explorer Allianz (AEC) di Singapura baru-baru ini cukup untuk meyakinkan lagenda Bayern, Ivica Olic dan jurulatih belia, Thoms Dollner memilih mereka.

Menurut Adam Alif dia terkejut apabila namanya tersenarai berikutan mengalami kecederaan ketika latihan terakhir.

Advertisement

“Memang saya berasa sangat gembira kerana sudah berusaha sedaya upaya dan berjaya untuk pergi ke AEC di Munich.

“Saya tidak sabar untuk bertemu dengan pemain Bayern dan berharap dapat mempelajari pelbagai kemahiran taktikal dan membawa pengetahuan ini pulang ke Malaysia serta merealisasikan cita-cita untuk menjadi pemain profesional,” pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ahmad di Pekan, Pahang yang berusia 16 tahun itu dipetik sebagai berkata dalam laporan Metro.

Firdaus dari SMK Khir Johari, Sungai Petani, Kedah juga tidak sabar untuk berlatih di Jerman bersama 16 lagi pemain Asia yang di;ilih.

Advertisement

AEC Asia di Singapura yang berlangsung dari 23 hingga 26 Julai dan dihadiri 43 remaja berusia 14 dan 16 tahun dari Malaysia, China, Indonesia, Laos, Filipina, Sri Lanka, Taiwan dan Singapura.

Sumber: Metro

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top