BM | EN | 中文

Remaja lemas, dua rakan selamat selepas bot berlanggar

mangsa-lemas.jpg

Mangsa lelaki berusia 16 tahun telah berjaya dijumpai oleh orang awam pada jam 6.44 petang semalam. 

Advertisement

KOTA TINGGI, 27 JAN : Seorang maut manakala dua lagi terselamat dipercayai terjatuh ke dalam sungai selepas berlaku pelanggaran antara dua buah bot di Kampung Tembiuh, petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 5.21 petang.

Katanya, seramai sembilan anggota sebuah jentera dan sebuah bot dihantar ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

Advertisement

“Setibanya pasukan tindakan operasi ditempat kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan dua orang mangsa selamat akibat berlaku pelanggaran antara dua buah bot.

“Dua orang rakannya difahamkan dapat menyelamatkan diri dengan berpaut pada bot yang terbalik.

“Mangsa lelaki berusia 16 tahun telah berjaya dijumpai oleh orang awam pada jam 6.44 petang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top