BM | EN | 中文

Remaja lelaki lemas di Sungai Skudai ditemui

skudai.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 NOV: Seorang remaja lelaki ditemukan mati lemas akibat dihanyutkan arus deras ketika sedang memancing dan bermandi-manda di Sungai Skudai, berdekatan Kampung Jaya Sepakat, Senai di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Awang berkata pihaknya dimaklumkan mangsa Abdul Rashid Abdul Rahim, 18, memancing dan bermandi-manda di sungai itu bersama rakan-rakannya.

“Bomba menerima laporan kejadian itu pada pukul 2.38 petang dan menghantar 10 anggota ke tempat kejadian untuk mencari dan menyelamatkan mangsa.

Advertisement

“Operasi turut dibantu pasukan unit skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau. Kita berdepan sedikit cabaran kerana air sungai agak dalam dan arus deras, tetapi mangsa akhirnya berjaya dijumpai pada pukul 5.25 petang di kedudukan 30 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top