BM | EN | 中文

Remaja Indonesia gagal seludup keluar dadah bernilai RM40,000

IMG-20191223-WA0011.jpg

Mustafa (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, hari ini.

Advertisement

PONTIAN, 23 DIS : Cubaan seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai mahu menyeludup keluar dadah ke Tanjung Balai, Indonesia gagal apabila ditahan di simpang masuk Kampung Nelayan Air Masin Kukup, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, remaja lelaki berkenaan yang bekerja sebagai buruh kasar di Johor Bahru ditahan kerana cuba membawa dadah jenis syabu seberat 800 gram bernilai RM40,000.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, remaja lelaki berusia 19 tahun itu berada dalam keadaan mencurigakan sewaktu ditahan.

Advertisement

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek mendapati dadah terbabit diletakkan di dalam beg galas dan suspek sedar barang terbabit adalah dadah.

“Hasil saringan ujian air kencing, suspek negatif dadah. Suspek kini ditahan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati,”katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, hari ini.

Tambahnya, hasil siasatan ke atas suspek mendapati, suspek baharu pertama kali terlibat dengan cubaan membawa dadah ke luar dengan cara dadah tersebut dibungkus menggunakan plastik pembalut teh cina.

Advertisement

Dalam pada itu, Mustafa berkata, polis turut menjumpai dadah jenis heroin seberat 23.95 gram sewaktu nenahan seorang lelaki berusia 43 tahun di Kampung Sungai Bunyi di sini pada 17 Disember lalu.

“Bekalan dadah tersebut dipercayai untuk diedarkan di kawasan Pontian. Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah. Suspek kini ditahan dibawah Seksyan 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya lagi.

Mustafa juga memberitahu IPD Pontian telah berjaya membuat tangkapan sebanyak 576 orang dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1953, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top