BM | EN | 中文

Remaja harus diberi dos vaksin penggalak dengan segera – Adun Mengkibol

chew-chong-sin-adun-mengkibol-kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 16 JAN: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) segera memperkenalkan rangka kerja pemberian vaksin penggalak COVID-19 untuk remaja berusia 12-17 tahun.

Ia katanya bagi mengurangkan risiko jangkitan di sekolah dan membolehkan pelajar belajar dengan tenang.

“Program immunisasi COVID-19 remaja kebangsaan (PICK REMAJA) telah dilancarkan secara rasmi pada 20 September tahun lalu dan melibatkan kira-kira 330,000 remaja berumur 12-17 tahun.

Advertisement

“Dos kedua golongan pertama pelajar yang diberikan vaksin telah selesai pada pertengahan Oktober.

Justeru kini golongan remaja boleh diberikan dos penggalak memandangkan sudah 3 bulan sejak mereka menerima dos kedua,” kata beliau dalam satu kenyataan media.

Chew turut mencadangkan KKM mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri mengaturkan pasukan kakitangan perubatan daerah untuk memberi dos penggalak kepada pelajar di sekolah masing-masing.

Advertisement

Langkah ini katanya dapat memberikan vaksin kepada lebih ramai orang, cepat dan effisien dalam masa yang singkat.

Malahan ibu bapa tidak perlu menemani anak mereka menerima dos penggalak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Ini dapat mengurangkan kontak ramai yang tidak perlu, dan vaksinasi orang dewasa kumpulan umur yang lain juga tidak akan terjejas,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top