BM | EN | 中文

REMAJA DITAHAN DENGAN 7,640 PAKET ROKOK HARAM

News-30-8-19-7.06am-3.jpg

JOHOR BAHRU, 30 OGOS: Remaja berusia 19 tahun yang memandu Perodua Alza telah ditahan bersama 7,640 paket rokok seludup dalam operasi khas Pasukan Polis Marin Wilayah (PPM W) 2 di Parit Jawa, Muar jam 4 petang kelmarin.

Komander PPM W2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, suspek tidak bertindak agresif apabila kenderaannya dipintas polis sewaktu berhenti di lampu isyarat.

Menurut Khon Chiang, hasil pemeriksaan polis menemui sejumlah kotak dibaluti plastik hitam di bahagian tempat duduk belakang dan bonet kenderaan.

“Semakan lanjut mendapati suspek telah membawa sebanyak 7,640 paket rokok pelbagai jenis dipercayai tidak sah yang dalam penjualan untuk dipasarkan,” katanya pada sidang media di Muar, semalam.

“Kesemua rokok termasuk kereta yang dirampas bernilai RM124,000 (termasuk cukai) dan suspek kini ditahan di bawah Akta Kastam 1967 Pindaan 2018

“Kes turut disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001,” tambahnya.

Beliau juga menyatakan komitmen PPM W2 dalam membanteras aktiviti penyeludupan dan penjualan rokok haram dan menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan yang menyalahi undang-undang di pesisiran pantai.

Sumber: Sinar Harian

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top