BM | EN | 中文

Reformasi SPRM perlu masuk MOU kerajaan- PH

Muhammad-Taqiuddin-Cheman-Adun-Pulai-Sebatang.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 SEPT: Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMAMAH) Muhammad Taqiuddin Cheman mendesak agar reformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dimasukkan ke dalam memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya langkah itu perlu susulan kes tiga pegawai SPRM yang ditahan minggu lalu atas dakwaan menyeleweng sebahagian daripada AS$6 juta (RM25 juta) yang dirampas daripada bekas ketua perisik, Hasanah Abdul Hamid.

Kata Taqiuddin ia terkandung dalam Buku Harapan, Janji ke-14, “Mereformasi SPRM dan memperkasa usaha membanteras rasuah”.

Advertisement

Pemuda AMANAH menggesa agar usaha mereformasi SPRM ini menjadi perhatian serius dan perlu dimasukkan sebagai item tambahan dalam (MoU) Kerajaan dan PH.

“PH sejak dari awal meletakkan asas kepada perjuangan menentang rasuah dan korupsi. Justeru langkah yang lebih terkedepan dalam membanteras masalah ini perlu digerakkan.

“SPRM merupakan antara badan terpenting yang dipertanggungjawabkan untuk membanteras rasuah di negara ini. Namun dengan melihat kes terbaru ini, kerajaan dan PH sewajarnya meletakkan reformasi SPRM sebagai agenda dalam persefahaman bersama,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Taqiuddin berkata perkembangan yang berlaku melibatkan anggota SPRM adalah isu yang amat serius.

“Kami juga menggesa agar masalah rasuah dan korupsi yang semakin membarah ini perlu dibanteras segera dan usaha ke arahnya wajar dibuat sekarang dengan meletakkan SPRM di bawah penyeliaan parlimen.

“Malaysia bukan sahaja sudah tercemar namanya dengan ketidakcekapan mengurus pandemik Covid-19.

Advertisement

“Dengan timbulnya isu melibatkan integriti SPRM, ini akan menambah kesan buruk terhadap kepercayaan negara lain khususnya di kalangan pelabur untuk memulihkan ekonomi dan kehidupan rakyat keseluruhannya,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top