BM | EN | 中文

Reformasi institusi polis: Tekanan Umno antara punca IPCMC gagal digubal

ADUN-Tanah-Rata-Pahang-Chiong-Yoke-Kong-DAP.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 MEI: Bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa polis, kuasa yang dimiliki hendaklah dihadkan oleh kuasa yang lain, kata Adun Tanah Rata, Pahang, Chiong Yoke Kong

Katanya, dalam konteks pasukan polis, penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) merupakan initiatif penting untuk mengatasi masalah pasukan polis secara menyeluruh.

“Hal ini demikian kerana negara kita tidak memiliki mekanisme semak dan imbang (checks and balances) yang praktikal dan efektif untuk memperbaiki dan membetulkan segala penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam pasukan polis,” kata Chiong dalam satu kenyataan.

Advertisement

Katanya,, pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai pelbagai skandal seperti penyalahgunaan kuasa, campur tangan politik, dan kematian dalam tahanan polis tidak membawa perubahan drastik.

Ini kerana ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, parti-parti pembangkang ketika itu terutamanya UMNO mengekang inisiatif pembaharuan dengan mengapi-apikan pasukan polis untuk menentang RUU IPCMC sehingga tidak dibentangkan di parlimen.

Disebabkan tekanan dalaman, bekas ketua polis juga menyeru agar kerajaan mendengar cadangan pihak polis dan tidak membentangkan IPCMC secara tergesa-gesa.

Advertisement

Kata Chiong, RUU IPCMC telah dijadual untuk dibentangkan untuk bacaan kedua di Dewan Rakyat oleh Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong pada 3 Disember 2019.

“Disebabkan tekanan dan bantahan yang diapi-apikan oleh UMNO, kerajaan PH terpaksa menarik balik dan hanya akan membentang semula RUU tersebut pada Mac 2020.

“Ketika itu, ketua pembangkang Ismail Sabri, kini merupakan Menteri Kanan Pertahanan sering kali mengapi-apikan emosi dalam pasukan polis dan di dalam parlimen agar memberi tekanan kepada PH untuk memberhentikan usaha membentangkan RUU IPCMC.

Advertisement

“Tiga bulan selepas itu, kerajaan PH telah tumbang akibat daripada Langkah Sheraton, manakala RUU IPCMC turut ditarik balik.

“Maka, kerajaan PH tidak mampu meninggalkan legasi politik yang bersejarah dan berunsur reformasi, manakala peluang unuk melaksanakan pembaharuan dalam pasukan polis turut terbazir,” katanya lagi.

Kata Chiong, berdasarkan RUU yang dibentangkan kerajaan PH, IPCMC perlu menubuhkan Lembaga Disiplin yang diberi kuasa mengambil tindakan berikut terhadap pegawai polis yang melakukan kesalahan.

Advertisement

Ia melibatkan amaran, denda, pelucuthakan emolumen, penangguhan gaji, pengurangan gaji, pengurangan pangkat atau pemberhentian.

“Malangnya, selepas merampas kuasa, kerajaan PN membentangkan RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang diberi kuasa jauh lebih lemah berbanding dengan IPCMC kerana tidak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap anggota polis yang membuat salah laku.

“Hakikatnya, kuasa pasukan polis merupakan mandat yang diberikan oleh rakyat dan undang-undang.

Advertisement

“Oleh itu, kuasa pasukan polis sememangnya perlu bertanggungjawab kepada rakyat dan menerima mekanisme semak dan seimbang daripada seluruh masyarakat.

“PH seharusnya mempelajari sejarah dan mengutamakan IPCMC sebagai janji manifesto.

“Sekiranya PH berpeluang diberi mandat untuk mentadbir, kita mestilah membina mekanisme semak dan seimbang terhadap kuasa polis secara efektif dan melaksanakan agenda pembaharuan pasukan polis secara menyeluruh,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top