BM | EN | 中文

Rayuan lucut hak wang, unit ASB milik bekas Exco Johor ditolak

Abdul-Latif-Bandi.jpeg
Advertisement

PUTRAJAYA, 24 MAC: Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu menolak rayuan pihak pendakwaan untuk melucutkan hak ke atas wang sebanyak RM794,900 dalam akaun Tabung Haji milik bekas Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abdul Latif Bandi dan isterinya.

Pihak pendakwaan juga gagal dalam rayuan di mahkamah sama untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru berhubung permohonan untuk melucutkan hak ke atas 243,603.24 unit Amanah Saham Bumiputera di bawah nama anak lelakinya, Ahmad Arif Sabirin Abd Latif.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Suraya Othman, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu yang menolak permohonan pihak pendakwaan untuk pelucuthakan terhadap Abdul Latif dan keluarganya.

Advertisement

Peguam Siti Sarah Khalil yang mewakili Abdul Latif dan keluarganya serta Timbalan Pendakwa Raya Samihah Razali mengesahkan keputusan mahkamah itu.

Siti Sarah yang hadir bersama peguam Afifuddin Ahmad Hafifi dan Abdul Rahim Ali, memberitahu media mahkamah bersetuju dengan penghujahan mereka bahawa pihak pendakwaan sepatutnya memfailkan permohonan pelucuthakan itu di bawah Seksyen 55 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUA).

Siti Sarah berkata, beliau berhujah permohonan pelucuthakan pihak pendakwaan sepatutnya dibuat di bawah Seksyen 55 Akta AMLATFPUA kerana Abdul Latif didakwa mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Advertisement

Beliau berkata, pihak pendakwaan telah memohon pelucuthakan di bawah Seksyen 56 Akta AMLATFPUA yang tidak terpakai terhadap orang yang dituduh.

Pada 25 November 2018 Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan pendakwaan untuk melucutkan hak ke atas wang sebanyak RM794,900 dalam akaun Tabung Haji milik Abdul Latif dan Nor Karmila Md Noor serta unit Amanah Saham Bumiputera di bawah nama Ahmad Arif.

Pada 21 April 2019, Mahkamah Sesyen Johor Bahru melepas dan membebaskan Abdul Latif dan dua yang lain atas 33 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan RM35.7 juta.

Advertisement

Dilaporkan pihak pendakwaan telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Pada 20 Mei 2019, Mahkamah Sesyen Johor Bahru juga menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucutkan hak harta bernilai RM1.58 juta, yang antara lain termasuk kereta mewah dan jam tangan milik Abdul Latif dan keluarganya.

Rayuan berhubung keputusan itu masih lagi belum didengar di Mahkamah Tinggi.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top