BM | EN | 中文

RAYU UNDI KURANG 50 METER, SPR PERLU BERTEGAS

hari-pengundian-18.jpg
Advertisement

PONTIAN, 16 NOV: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu bertegas menguatkuasakan undang-undang pilihanraya dengan menghalang parti politik berkempen berhampiran pusat pengundian.

Seorang petugas barong Pakatan Harapan, Mohd Sah Amir, 48 mendakwa ada parti politik yang dilihat berkempen terlalu hampir, kurang 50 meter dari pusat pengundian.

“SPR perlu hantar petugas mereka dan pantau.

Advertisement

“Mereka berkempen terlalu hampir dan memakai pakaian, membawa bendera dan belon dengan lambang parti. Ada juga yang pakai uniform.

“Ini bersalahan dengan undang-undang,” katanya yang merupakan petugas barong di pusat daerah mengundi (PDM) Bandar Pekan Nanas Barat.

Mohd Sah

Tambahnya, kedudukan perayu undi yang terlalu hampir boleh menimbulkan provokasi dan suasana tegang.

Advertisement

“Barong kami jauh, 100 meter dari pagar sekolah.

“SPR kena tegas. Tak boleh menyebelah mana-mana parti. Ini tidak adil kepada kami,” kata Mohd Sah.

Tinjauan JohorKini mendapati kira-kira jam 11.30 pagi mendapati, kumpulan perayu undi parti Barisan Nasional berhimpun dan bersorak di seberang jalan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Yunos Sulaiman, Pekan Nanas.

Advertisement

Manakala, beberapa orang polis bertindak mengawal lalu lintas dan tidak kelihatan petugas SPR pula mengawal suasana.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top