BM | EN | 中文

Rawatan pergigian di fasiliti awam Johor terhad kepada kes kecemasan

pemeriksaan-pergigian.jpg

Gambar Hiasan (Gambar Ehsan FB SK Saint Joseph Johor Bahru)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 MEI: Sebahagian dari rawatan pergigian elektif tidak dapat diberikan buat sementara waktu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan dalam satu kenyataan semalam berkata, ketika ini hanya perkhidmatan pergigian yang disediakan adalah terhad kepada kes-kes kecemasan sahaja.

Beliau menjelasan, kecemasan dalam pergigian boleh didefinasikan sebagai keadaan yang boleh meragut nyawa dan memerlukan rawatan segera seperti pendarahan yang sukar dihentikan.

Advertisement

Antaranya facial cellulitis (bengkak muka, dagu, pipi), kecederaan kepada tulang muka yang boleh memberi kesan kepada saluran pernafasan pesakit.

“Rawatan kecemasan akan difokuskan kepada keadaan yang memerlukan perhatian segera untuk menghilangkan kesakitan yang melampau (skor kesakitan > 4) dan mengurangkan risiko jangkitan,” katanya.

Jenis perkhidmatan pergigian kecemasan adalah, Sakit gigi ( skor kesakitan > 4), cabutan gigi disebabkan oleh pulpitis tidak berbalik dan periodontitis akut (sakit yang berdenyut-denyut/menganggu tidur).

Advertisement

Kesakitan yang turut dikategorikan sebagai kecemasan adalah kecederaan mulut/gigi patah/tanggal akibat terjatuh atau sebarang trauma, kesakitan di saraf muka (Trigeminal Neuralgia) atau bengkak muka, pipi (facial cellulitis) dan nanah dalam tisu mulut/muka (abses).

Turut tersenarai dalam kecemasan pergigian adalah lesi mulut seperti ulcers/mata ikan yang tidak sembuh-sembuh, bonjolan yang semakin membesar, ketumbuhan yang disyaki barah/kanser dan sebagainya.

Selain itu, komplikasi selepas cabutan seperti pendarahan tidak berhenti, soket gigi berkuman, bengkak tempat cabutan sebab jangkitan kuman juga boleh mendapatkan perkhdimatan di bawah kategori kecemasan.

Advertisement

“Rawatan biasa seperti proses scaling (cuci gigi) dan tampalan mudah, atau pesakit tidak mengalami sebarang kesakitan atau masalah perubatan lain akan di tangguhkan buat sementara waktu sehingga keadaan penularan wabak Covid19 menjadi terkawal dan stabil,” katanya.

Tambah Vidyananthan, terdapat 60 buah klinik Pergigian Primer tetap di Johor dan 30 Klinik Pergigian lawatan untuk pesakit luar.

Sertai kumpulan telegram Johorkini untuk mengetahui isu-isu semasa di Johor

Advertisement

Selain itu, terdapat 23 buah klinik Pergigian Pakar pelbagai disiplin seperti Klinik Pakar Bedah Mulut dan Masilofacial, Klinik Pergigian Paediatrik, Klinik Orthodontik, Klinik Pergigigan Restoratif, Klinik Pergigian Periodontik dan Klinik Pergigian Pakar Patologi dan Perubatan Mulut.

“Pesakit perlu membuat temujanji terlebih dahulu untuk mendapatkan tarikh pemeriksaan pergigian. Buat masa ini pesakit boleh menghubungi klinik pergigian terdekat melalui telefon.

“Mengikut norma baru perkhidmatan pergigian, bilangan pesakit yang dibenarkan hadir pada satu-satu masa adalah terhad dari segi bilangan pesakit yang dirawat. Masa menunggu dan rawatan pesakit disingkatkan.

Advertisement

“Ia sebagai langkah memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 serta untuk memastikan keselamatan pesakit yang hadir untuk rawatan, proses kerja yang telah diubah bagi mengelakkan perawat pergigian dan pesakit daripada terkena atau menyebarkan virus Covid19,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top