BM | EN | 中文

Rasuah: Mahkamah Johor Bahru jatuhi warga Pakistan denda RM10,000

Mahkamah_Johor_Bahru.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 APR: Seorang penyelia kilang warga Pakistan dijatuhi hukuman denda RM10,000 dan penjara sehari oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah memberi rasuah kepada pegawai polis bagi membolehkannya merentas negeri, bulan lalu.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin memutuskan hukuman berkenaan apabila tertuduh, Imran Khan, 38, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Urdu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memberikan seutas rantai berwarna kuning (bukan rantai emas) kepada pegawai polis yang menjaga sekatan jalan raya Plaza Tol Bukit Gambir, kira-kira jam 4.30 pagi, pada 6 Februari lalu.

Advertisement

Tindakan itu sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan ke atasnya yang melakukan kesalahan merentas negeri dari Selangor ke Johor tanpa surat kebenaran.

Menurut BH Online, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang tinggi dan penjara maksimum 20 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya SPRM, Suhaili Sapun manakala pihak tertuduh tidak diwakili peguam.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top