BM | EN | 中文

Rasuah: Hakim luah rasa kecewa pegawai imigresen BSI Johor Bahru khianati negara

Hakim-luah-rasa-kecewa-pegawai-imigresen-khianati-negara.jpeg

Baliyan Mohd Bhanudin dipenjara sehari, denda RM11,000 selepas mengaku bersalah menerima rasuah RM1,800 di Mahkamah Sesyen, Shah Alam, Selangor semalam (Gambar Utusan Online)

Advertisement

SHAH ALAM, 28 OKT: Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam meluahkan rasa kecewa terhadap seorang Pegawai Imigresen yang dihukum penjara sehari dan denda RM11,000 kerana mengkhianati negara ketika menjalankan tugas.

Hakim Rozilah Salleh memberitahu, sebagai seorang penjawat awam yang menjaga pintu negara, tertuduh, Baliyan Mohd. Bhanudin, 33, sepatutnya memastikan laluan keluar masuk dikawal dan memastikan negara bebas daripada sebarang ancaman keselamatan.

“Kamu merupakan penjawat awam di Jabatan Imigresen sejak 2012. Bukan senang nak jadi penjawat awam, ada tanggungjawab dan amanah yang perlu dijalankan.

Advertisement

“Saya rasa sangat kecewa sebab kamu frontliner menjaga pintu masuk Malaysia dan kamu khianati negara kita.

“Kesalahan kamu lakukan sangat serius kerana melibatkan isu keselamatan negara dan hukuman penjara adalah perlu supaya ia dapat memberikan pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya, lapor Utusan Online.

Bagaimanapun, Baliyan mengaku bersalah menerima rasuah RM1,800 berhubung cap keluar masuk warga asing antara 19 dan 28 September 2018 dan diarahkan menjalani hukuman penjara mulai semalam.

Advertisement

Pegawai Imigresen Gred KP19 yang bertugas di Jabatan Imigresen, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru itu turut diarah menjalani hukuman penjara 11 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh membayar denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, bapa kepada tiga orang cahaya mata itu dituduh telah memperoleh wang berjumlah RM1,800 daripada R. Kanavenothan, 45, melalui akaun simpanan Maybank yang mana dia mengetahui Kanavenothan mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Advertisement

Dia didakwa melakukan kesalahan di Maybank Islamic Berhad di Jalan Singa C, 20/C, Seksyen 20, di sini antara 19 hingga 28 September 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang ditangkap pada 16 November 2020 didakwa kali pertama di mahkamah pada 14 Disember 2020.

Advertisement

Peguambela, Fahmi Abd. Moin memohon hukuman denda paling minima dikenakan terhadap tertuduh mengambil kira dia yang mempunyai pendapatan bulanan RM2,800 telah digantung tugas sejak Julai lalu dan dikenakan potongan gaji sebanyak 50 peratus.

Katanya, tertuduh yang mempunyai seorang isteri bertugas sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Johor juga perlu menanggung ibu yang mempunyai penyakit.

“Kes ini telah memberikan kesan mendalam kepada tertuduh dan keluarganya iaitu sejak dia ditangkap dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2020 sehingga kini.

Advertisement

“Tertuduh amat insaf dan terkesan serta berjanji untuk menjadi warganegara yang baik,” jelasnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM, Fadhli Ab. Wahab memohon agar hukuman lebih deteran dikenakan terhadap tertuduh mengambil kira tanggungjawabnya untuk menjaga cap keselamatan imigresen bagi membolehkan warganegara asing masuk ke negara ini.

“Tertuduh telah menyalahgunakan kepercayaan tersebut dan menurunkan cap pada pasport yang tidak sepatutnya.

Advertisement

“Bukan itu sahaja, tertuduh telah menerima wang bagi tindakan menurunkan cap tersebut dan ia menunjukkan tertuduh telah memberi kebenaran kepada warga asing untuk terus berada di negara ini walaupun telah tamat tempoh mengikut masa dibenarkan berdasarkan pada cap (pasport) sebagai pelawat,” katanya.

Pihak pendakwaan turut memohon agar tiga lagi kes lain yang dikenakan terhadap tertuduh dilepaskan dan dibebaskan.

Selain itu, pihak pendakwaan turut memohon supaya motosikal jenis Yamaha NVX yang dibuktikan dibeli oleh tertuduh menggunakan wang rasuah dilucut hak kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Advertisement

Mahkamah membenarkan permohonan terbabit

Media pada 14 Disember 2020 melaporkan Baliyan mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan termasuk empat pertuduhan pilihan berkaitan rasuah bernilai RM7,120 berhubung perakuan cap pasport keluar dan masuk warga asing antara 2018 dan 2019.

Mengikut empat pertuduhan asal, tertuduh didakwa telah memperoleh wang daripada dua individu masing-masing berusia 29 dan 44 tahun dengan nilai keseluruhan RM7,120 tanpa sebarang balasan.

Advertisement

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan pilihan pula, tertuduh didakwa telah diberikan suapan dengan jumlah dan individu sama bagi mendapatkan perakuan cap keluar dan masuk pada pasport warga asing tanpa perlu keluar daripada Malaysia.

Dia dituduh mengikut Seksyen 2(a) Akta SPRM 2009 untuk menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam serta gagal melaporkan kesalahan penyogokan kepada SPRM dan didakwa didakwa mengikut Seksyen 25 (2) Akta SPRM yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan pilihan, jika sabit kesalahan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top