BM | EN | 中文

Rasuah: Bekas Datuk Bandar MBJB dibebas dengan jaminan RM50,000

Rasuah-Bekas-Datuk-Bandar-MBJB-dibebas-dengan-jaminan-RM50000.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 OGOS: Seorang bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang disyaki menerima rasuah bagi meluluskan projek-projek di sebuah majlis bandar raya sebelum ini dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM50,000.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan memaklumkan, Majistret Normadiana Mamat membenarkan suspek dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tanpa deposit berserta seorang penjamin.

“Suspek perlu hadir melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan ke Pejabat SPRM. Siasatan masih lagi dijalankan,” lapor Johor Times.

Advertisement

Suspek yang berusia 60 tahun ditahan SPRM kerana disyaki menerima wang rasuah daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek-projek yang dilaksanakan di bawah kendalian majlis bandar raya berkenaan semasa menjadi Datuk Bandar.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top