BM | EN | 中文

Rantaian E-Bekalan Digital Selangor sedia khidmat hantar barangan percuma dengan belian RM30

seldec.png

Penghantar barangan dalam talian aplikasi “Seldec Rider” mengangkat beg barangan mereka selepas selesai sesi sidang media Pelancaran Web Portal SELDEC (Rantai E-Bekalan Digital Selangor) & Sistem Aplikasi “Seldec Rider” di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam pada Jun 2020 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 29 JAN: Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec) menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan basah secara percuma ke depan pintu rumah dengan pembelian RM30.

Seldec berkata tawaran sempena Thaipusam itu boleh dinikmati pengguna hari ini di samping pelanggan membuat belian RM50 dan ke atas akan memperoleh hadiah percuma.

“Pada masa sama, anda juga boleh menggunakan kod promo PASAR8 bagi mendapatkan diskaun RM8,” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

Seldec memaklumkan barangan basah tersebut antaranya daging segar 100 peratus produk tempatan, ikan, ayam dan ayam kampung serta yang lain seperti kuih muih tempatan, beras, minyak dan kambing perap.

“Selain melakukan pembelian di laman sesawang seldec.com.my , orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi Seldec menerusi Google Playstore dan Apple AppStore untuk membeli-belah secara dalam talian,” katanya.

Johorkini

Advertisement

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top