BM | EN | 中文

Ranhill Utilities tumpu kepada perkhidmatan pengurusan NRW

ranhill.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Ranhill Utilities Bhd terus mencari peluang yang berdaya maju untuk mengembangkan operasi bekalan air di Malaysia dan akan memberi tumpuan terhadap kekuatan terasnya membabitkan perkhidmatan pengurusan air tidak terhasil (NRW) yang cekap.

Perkhidmatan itu dijalankan oleh anak syarikatnya, Ranhill Water Services Sdn Bhd (RWS).

Menurut laporan Bernama yang memetik kenyataan Ranhill, RWS telah menjimatkan lebih 500 juta liter sehari (MLD), air yang dirawat melalui kontrak NRW sejak beberapa tahun lepas termasuk mengurangkan dengan ketara NRW di Johor kepada 24.11 peratus pada 31 Dis 2019, tahap NRW yang terendah di seluruh negara.

Advertisement

“Disebabkan rekod prestasinya yang membuktikan keputusan yang ketara, RWS sedang terlibat dalam projek NRW yang kelima di Johor, yang diperolehi melalui proses tender terbuka yang kompetitif sejak 2011.

“Selain daripada itu, Ranhill Water Technologies Sdn Bhd (RWT) telah menyiapkan kontrak loji rawatan kumbahan tempatan di Malaysia bagi Forest City,” katanya.

Tambahnya, ia akan memberikan kelebihan kepada kumpulan untuk membida kontrak yang sama merangkumi lain-lain pemaju hartanah di Malaysia.

Advertisement

RWT juga telah memperolehi kontrak kejuruteraan, perolehan dan pembinaan untuk 20 loji rawatan air MLD yang menggunakan proses pengapungan udara terlarut (DAF) di Layang, Johor, yang dijangka siap pada September depan.

Kumpulan itu ketika mengulas mengenai sektor tenaganya berkata ia merancang memulakan rundingan dengan kerajaan untuk sambungan perjanjian pembelian tenaga bagi konsesi sedia ada membabitkan loji janakuasa Teluk Salut, yang akan berakhir pada 2029.

Sementara itu, keuntungan bersih Ranhill merosot kepada RM18.2 juta bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2020 daripada RM21.4 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, berikutan perolehan yang lebih rendah sebanyak RM368.3 juta berbanding RM405 juta yang dicatatkan sebelumnya.

Advertisement

Melangkah ke hadapan, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Ranhill, Tan Sri Hamdan Mohamad berkata, landskap operasi yang agak mencabar sekarang ini, dijangka berterusan memandangkan impak Covid-19 ke atas dunia.

“Walaupun pandemik mencerminkan tanda-tanda pemulihan di Malaysia dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat telah membolehkan aktiviti perniagaan disambung, kami terus memberi tumpuan kepada pengurusan perniagaan yang berhemat bagi memastikan kami mendapat aliran tunai yang berulang dan stabil untuk menyokong operasi kumpulan,” tambahnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top