BM | EN | 中文

RANGKA WARGA EMAS DITEMUI DALAM BILIK AIR

news-2pm.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 OKT : Satu rangka warga emas ditemui dalam bilik air di bilik sewanya di Taman Centry Garden, di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asistan Komisioner Shahurinain Jais berkata, Hooi Mee Mee @ Khor Baby, 78 dipercayai telah meninggal dunia sejak enam bulan lepas.

Menurutnya, rangka wanita tersebut telah ditemui oleh seorang broker rumah bernama Vinesh kira-kira 2.35 petang.

Advertisement

“Siasatan di tempat kejadian mendapati rangka manusia ditemui di pintu bilik air dalam salah sebuah bilik di rumah tersebut.

“Pemeriksaan pihak polis keatas rangka manusia telah dibuat dan mendapati tiada tanda adanya unsur perbuatan jenayah.

“Siasatan di tempat kejadian juga tiada menjumpai apa-apa senjata yang menjurus kepada perbuatan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Advertisement

Tambahnya lagi, menurut broker rumah tersebut, dia datang ke rumah berkenaan untuk bertemu penyewa rumah kerana rumah tersebut akan dijual kepada orang lain.

“Sampai di rumah tersebut penyewa tidak menjawab panggilannya lalu dia bertindak membuka pintu yang dikunci dari dalam.

“Apabila diperiksa rumah tersebut, beliau telah menjumpai rangka manusia di pintu bilik air dalam salah satu bilik di rumah tersebut dan kemudiannyaa menghubungi pihak polis,” katanya lagi.

Advertisement

Beliau berkata, rangka berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Keluarga si mati sedang dikesan bagi tujuan siasatan dan tuntutan mayat si mati,” katanya lagi

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top