BM | EN | 中文

Rancangan tebatan banjir Sungai Kesang tertangguh punca banjir – Adun Serom

banjir-serom.jpg

Adun Serom, Faizul Amri Adnan ketika membuat lawatan ke kawasan yang dilanda banjir

Advertisement

LEDANG, 16 JUL: Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang tertangguh punca kawasan Serom semalam dinaiki air melibatkan beberapa kampung.

Adun Serom Ir Dr Faizul Amri Adnan berkata, banjir berkenaan mengakibatkan kerugian di beberapa kampung yang sebelum ini tidak terjejas dengan bencana tersebut.

“Susulan banjir yang berlaku di Dun Serom, saya telah membuat tinjauan serta pemantauan di beberapa tempat sekitar kawasan terlibat bermula awal pagi tadi (semalam) hingga lewat petang.

Advertisement

“Tinjauan saya mendapati antara punca kawasan Kampung Parit Bunga, Tanjung Gading Timur dan Barat adalah berpunca dari projek RTB Sungai Kesang yang tertangguh.

“Apa yang saya dapati juga keadaan Parit Keliling seperti tidak diselenggara dan ini juga menjadi punca Jalan Parit Terus hampir terputus untuk kenderaan kecil dan ringan,” ujarnya.

Beliau turut mengadakan langkah segera berbentuk perbincangan dengan pihak berwajib bagi menyelesaikan perkara tersebut sama ada jangka masa pendek atau panjang.

Advertisement

“Saya telah berbincang sebentar tadi (semalam) dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan beliau memaklumkan pihak JPS kekurangan bajet bagi kerja selenggara Parit Keliling yang mencecah RM 500 ribu untuk jarak 27 kilometer.

“Saya juga telah memohon pihak JPS Daerah untuk membawa isu ini ke pengetahuan JPS Negeri dan Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) untuk pertimbangan segera memandang projek RTB Sungai Kesang masih dalam proses lantikan kontraktor baharu.

“Saya turut akan membantu membawa isu ini ke pengetahuan pihak kerajaan untuk mendapat peruntukkan khas atau segera bagi penyelesaian masalah ini,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top