BM | EN | 中文

Rancangan pemulihan ekonomi Johor perlu holistik, libatkan semua pihak

daerah-johor-industri.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 JUN: Usaha pemulihan ekonomi di negeri Johor perlu melibatkan semua pihak termasuk mendapatkan pandangan pemain industri dan pakar ekonomi.

Adun Perling, Cheo Yee How berkata, sehingga hari ini usaha mampan bagi menangani kesan ekonomi pasca Covid-19 masih belum direalisasikan oleh kerajaan negeri.

Adun Perling, Cheo Yee How

Katanya pelbagai sektor ekonomi terkesan, termasuk antaranya industri besar yang terjejas teruk sehingga terpaksa mengambil tindakan membuang pekerja.

Advertisement

Bahkan katanya kesan ekonomi yang melanda negeri ini turut melibatkan perniagaan-perniagaan kecil.

“Kita perlu segera menyediakan platform untuk rakyat dapat membina ekonomi mereka semula.

“Kita akui bahawa Covid-19 yang menyerang negara kita banyak menjejaskan faktor ini dan penjanaan semula perlu diberikan perhatian secepatnya,” kata Yee How ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau turut menyarankan kerajaan negeri merangka pelan strategik dalam menyelesaikan perkara ini dengan segera serta memanggil pakar-pakar untuk bersama memberi buah fikiran kepada kerajaan.

Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri boleh mempertimbang untuk memberi kelonggaran serta sokongan kepada peniaga kecil agar mereka dapat meneruskan kesinambungan perniagaan mereka.

Antaranya kata Yee How melalui usaha menghapuskan peranan ‘orang tengah’ yang mengaut keuntungan berlebihan keatas peniaga kecil.

Advertisement

“Perkara ini wujud sehinggakan hari ini. Peniaga kecil terpaksa bermodal besar untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan.

“Selain itu, prosedur operasi standard (SOP) juga perlu dijelaskan kepada peniaga-peniaga kecil ini.

“Ini supaya mereka dapat membuka semula perniagaan secara normal dan dalam masa sama mematuhi SOP yang ditetapkan.

Advertisement

“Kerajaan perlu segera mempertimbangkan hal ini agar masalah ini tidak berpanjangan,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top